Sunday, 29 July 2012

Kurma Ajwa dan Sihir


Makan kurma terpelihara dari sihir.
Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam:
Sesiapa makan 7 biji kurma ajwa setiap pagi maka terpeliharalah dia pada hari itu dari racun atau sihir.[1]

Kemusykilan:
Seorang rakan saya telah disihir dan saya telah mengesyorkan dia kurma ajwa tetapi sehingga kini dia masih belum sembuh. Bagaimanakah seharusnya diamalkan hadis kurma ajwa di atas ?
Penjelasan:
Keistimewaan kurma ajwa dibandingkan dengan lain-lain jenis kurma adalah kerana berkat petunjuk dan pengkhususan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam ke atasnya. Demikian juga sebagaimana baginda telah mengkhususkan jumlah 7 biji di setiap pagi. Keberkatan juga mungkin berasal dari keistimewaan tanah Madinah yang menjadi tempat khas pokok-pokok kurma ajwa.

Berkesan atau tidak kurma ajwa ke atas racun dan sihir bergantung kepada izin Allah Subhanahu wa Ta‘ala sebagaimana berkesan atau tidaknya sesuatu sihir itu adalah dengan izin Allah jua. 

Firman Allah:
Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorangpun melainkan dengan izin Allah.  [al-Baqarah 2:102].

Oleh itu bagi mengamalkan hadis di atas hendaklah seseorang itu memakan kurma ajwa dengan perasaan penuh harapan akan kurnia Allah, rendah diri akan kekuasaan Allah untuk memelihara dan menyembuh, dan bertawakal sepenuhnya akan keputusan Allah terhadap dirinya.

Adakalanya kurma ajwa tidak berkesan kepada orang yang memakannya kerana terdapat bisikan kecil di dalam hatinya yang ingin menguji dan mencabar sama ada benar atau tidak sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam. Bisikan inilah yang sebenarnya menghilangkan keistimewaan kurma ajwa.

Saya Suka!

Tuesday, 24 July 2012

Tazkirah Ramadhan oleh Haji Zailan Wagimin


Arus masa berlalu dan terus berlalu. Yang lepas, tak dapat di ulang kembali. 
Moga kita semua istiqamah dalam amalan di bulan ini dan bulan-bulan seterusnya.

Salam Ramadhan! Osem :)
Saya Suka!

Sunday, 22 July 2012

Harapan Ramadhan


Assyafi Wellness Center ingin mengucapkan Selamat Menyambut Kedatangan
Bulan Ramadhan yang Mulia ini. Semoga harapan Ramadhankita kali ini
menjadi lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya :)


Saya Suka!

Saturday, 21 July 2012

Puasa dan Kesihatan kita


Dari sudut kesihatan, puasa dapat merehatkan perut dan membetulkan alat penghadam, mengurangkan kegemukan serta menghilangkan lemak di badan yang boleh menjauhkan penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, lemah jantung dan sebagainya.

Justeru, Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: berpuasalah, nescaya kamu akan sihat. Seluruh pakar perubatan bersetuju menyatakan bahawa kantung perut yang penuh disebabkan banyak makan adalah punca utama kepada bermacam-macam penyakit.

Maka puasalah satu-satunya cara yang dapat memelihara anggota badan daripada semua penyakit kerana melaluinya unsur-unsur racun di dalam makanan dapat dineutralkan setelah berpadu antara satu sama lain.
Seorang pakar dari Barat menyatakan bahawa setiap orang perlu menjalani tempoh berpuasa walaupun tidak dikesan menghadapi sebarang penyakit.

Ini kerana ia dapat membersihkan badan daripada racun-racun yang berkumpul di dalamnya. Dr. Hisyam Ibrahim aI-Khatib menjelaskan bahawa puasa juga memberi peluang kepada organ-organ di dalam tubuh badan untuk memperbetulkan semula sistem penghadaman.

Pengkajian ini diteruskan lagi apabila didapati punca berlakunya penyakit-penyakit adalah disebabkan oleh pengambilan makanan yang tidak terkawal atau lebih daripada kadar keperluan badan. Ini menyebabkan sistem yang bertindak mengawal badan terpaksa bekerja lebih kuat bagi mengimbangi keseluruhan pergerakan badan.

Seterusnya penyakit-penyakit seperti tekanan darah tinggi, pertambahan lemak dan peningkatan gula dalam darah amat mudah menyerang dan melemahkan kekuatan badan individu tersebut.

Sesungguhnya tiada ubat yang khusus bagi memulihkannya melainkan dengan berpuasa kerana dengannya wujudlah satu sistem yang baru dalam badan yang bertindak mematikan sel-sel lama untuk digantikan dengan sel-sel baru yang lebih baik dan bertenaga.

Pakar perubatan Islam, Dr. Samir Abbas Malik Abdul Aziz dari Arab Saudi melakukan eksperimen terhadap 21 penduduk tentang kesan puasa pada kesuburan lelaki. Eksperimennya ini membuktikan puasa adalah satu cara yang amat berkesan untuk menghasilkan benih dan pertumbuhan kesuburan sebagaimana berkesannya puasa dalam perkembangan bagi pertumbuhan badan seseorang.

Dari sudut kesuburan seorang wanita pula, puasa juga merupakan satu cara yang dapat mengurangkan kesan hormon broloktin yang menyebabkan kemandulan.

Di samping itu, puasa dapat mengawal tubuh badan untuk mengambil makanan yang diperlukan sahaja, seterusnya melambatkan proses penuaan, membantu proses perkumuhan, menyingkirkan racun di dalam badan dan menambahkan rasa nikmat makanan setelah berjaya menahan diri daripada makan.

sumber : ustazshauqi.com
Saya Suka!