Wednesday, 30 May 2012

Rawatan Sihir Menggunakan Daun Bidara


Dalil bahawa Daun Bidara beserta Rukyah mengubati Sihir:
Ibnu Katsir dalam huraiannya apabila menafsirkan Surah Al Baqarah Ayat 102 berkaitan Syaitan yang memfitnah Nabi Allah Sulaiman bahawa baginda menggunakan Sihir bukan Mukjizat meriwayatkan bahawa:
Al Qurtubi menceritakan daripada Wahab untuk mengubati Sihir: “ Diambil 7 helai daun bidara ditumbuk halus lalu dicampurkan air dan dibacakan Ayat Kursi dan diberi minum pada orang yang terkena sihir tiga kali teguk dan baki airnya diguna untuk mandi ,Insya Allah akan hilang sihirnya”. “Dan diutamakan membaca Qul A’uzubil Falak ,Qul A’uzubirabinnas juga ditambah Ayat Kursi kerana ayat-ayat itu dapat mengusir Syaitan.”

  • ( Tafsir Ibn Katsir Jilid Satu Terjemahan Singkat Halaman 171)
  • ( Tafsirul QuranilAzim Juz: 1 halaman 372 )
Saya Suka!

Mitos tentang kesihatan lelaki


lelaki bercukur
Beberapa mitos dan fakta yang menjadi tanggapan orang mengenai kesihatan lelaki. Fakta-fakta di bawah akan membetulkan tanggapan sebenar anda mengenai kesihatan lelaki.
1. Memakai topi atau menggunakan pengering rambut menyebabkan kebotakan.
Mitos: Tiada bukti yang menunjukkan penggunaan pengering rambut menyebabkan kebotakan. Paten keguguran rambut lelaki adalah disebabkan liang-liang rambut semakin mengecil menyebabkan rambut menjadi semakin pendek, halus dan akhirnya tiada rambut.
2. Lelaki yang memakai seluar dalam mempunyai lebih rendah bilangan sperma.
Walaupun terdedah dengan suhu yang tinggi secara berpanjangan mampu memberi kesan kepada bilangan sperma, bukti-bukti yang mengatakan memakai seluar dalam mengurangkan bilangan sperma adalah tidak konsisten.
3. Semakin banyak anda bercukur semakin tebal janggut anda.
Saiz dan bentuk folikel rambut menentukan ketebalan dan tekstur rambut anda. Sama ada ia adalah tebal dan kasar atau nipis dan lembut. Bulu mungkin akan menjadi lebih kasar, tetapi bercukur tidak akan mengubah saiz atau bentuk folikel, maka bercukur dengan kerap tidak akan menyebabkan janggut anda menjadi tebal.
4. Semakin besar saiz kasut, semakin besar penis.
2 orang pakar urologi dari Hospital St. Mari di London telah melakukan kajian melibatkan 104 orang lelaki dan mendapati tiada statistik yang signifikan membabitkan saiz kasut dan kepanjangan penis.
5. Lelaki mencapai kemuncak seksual pada umur 18.
Benar, pada umur 18 tahun, tahap testosteron berada pada tahap yang tertinggi. Walaubagaimanapun tahap hormon tidak berkaitan dengan prestasi seksual seseorang.
6. No pain, no gain. Sekiranya anda tidak berasa sakit ketika workout, ia adalah tidak efektif.
Tidak benar. Anda tidak akan mencapai tahap optimum semasa workout sekiranya anda berasa sakit. Sekiranya, anda mula merasa sakit yang berkaitan dengan sendi-sendi ia mungkin akan memberi kecederaan sekiranya anda terus melakukannya. No pain no gain sepatutnya adalah anda melakukan sesuatu workout sehingga anda tidak mampu melakukannya, bukannya sehingga anda berasa sakit.
7. Banyak lelaki mati disebabkan kanser prostat berbanding dengan kanser-kanser yang lain.
Tidak benar. Kanser paru-paru merupakan antara kanser utama yang menyerang lelaki mahupun wanita. Dan kanser prostat adalah yang kedua.
8. Lelaki tidak akan dapat kanser payudara.
Tidak benar. Lelaki masih boleh mendapat kanser payudara, tetapi ia sangat jarang berlaku. Kemungkinan untuk mendapat kanser payudara dikalangan lelaki adalah 1 dalam 1000 lelaki. Tambahan lagi, umur yang semakin lanjut dan faktor risiko lain seperti sejarah keluarga (lelaki atau perempuan), kondisi genetik yang berkaitan dengan tahap estrogen yang tinggi, penyakit liver kronik, alkohol dan obesiti membantu meningkatkan risiko kanser payudara.
9. Lelaki tidak perlu menghiraukan tentang osteoporosis.
Tidak benar. Osteoporosis merupakan penyakit yang menyebabkan tulang manusia menjadi semakin lemah dan tidak kuat menyebabkan risiko patah mudah berlaku. Ia jarang berlaku pada lelaki kerana lelaki mempunyai tulang yang lebih kuat dan mereka tidak mengalami proses menopaus yang menyebabkan perubahan hormon yang mendadak. Walaubagaimanapun, terdapat lelaki yang mempunyai risiko untuk mendapat osteoporosis terutama apabila umur mereka semakin tua. Faktor risiko lelaki adalah seperti umur, tahap hormon testosteron yang rendah, alkohol berlebihan, merokok, penyakit usus, penggunaan steroid dan tubuh badan yang tidak bergerak.
10. Penis lelaki boleh patah.
Benar. Penis tidak mempunyai tulang tetapi ia boleh menyebabkan tunica albuginea menjadi koyak, di mana lapisan fibros menjadi teregang ketika berlakunya ereksi. Ia digelar ‘penile fracture’ atau ‘penis patah’ dan sering berlaku ketika aktiviti seksual. Rawatan selalunya melibatkan pembedahan. Mujurlah keadaan penis patah ini jarang berlaku.


Sumber: http://psipum.org
Saya Suka!

Sakit Sendi Osteoartritis. Simptom, Diagnosis dan Rawatan


sakit sendi lutut osteoartritis
Osteorartritis Sendi Lutut
Artritis merupakan salah satu daripada masalah-masalah sendi yang paling biasa ditemui. Ia boleh melibatkan individu-individu dalam pelbagai lingkungan umur. Terdapat berbagai jenis artritis. Pada dasarnya artritis merupakan penyakit di mana lapisan rawan pada permukaan tulang-tulang sendi menjadi haus, nipis dan rosak. Ini mendedahkan permukaan tulang menyebabkan geseran antara permukaan tulang, serta pembentukan ‘duri’ tulang (spur) pada hujung-hujung tulang.
Tanda-tanda dan Gejala-gejala Penyakit Osteoartritis
Gejala-gejala yang kerap dialami oleh pesakit adalah seperti sendi membengkak, sakit panas dan sukar untuk digerakkan.
Aktiviti-aktiviti harian menjadi terbatas seperti mencangkung, melutut, duduk di atas bangku dan kadang-kadang sakit tersebut menjadi bertambah serius. Pesakit juga akan merasa sakit dan sukar untuk digerakkan apabila ingin bangun dari kerusi dan mula berjalan.
Apabila doktor memeriksa sendi anda, tanda-tanda yang didapati adalah seperti sendi menjadi sakit pabila digerakkan atau disentuh. Terasa geseran dan bunyi kasar semasa bergerak. Tanda-tanda ini menunjukkan kehilangan lapisan rawan pada permukaan sendi lutut.
Pemeriksaan dan Diagnosis
Biasanya, diagnosis dibuat secara klinikal dan berdasarkan daripada aduan pesakit. Doktor akan cuba memastikan sakit tersebut bukan daripada diagnosis penyakit yang lain seperti Rheumatoid Artritis, Septic Artritis, dan sebagainya.
Kemudiannya, X-Ray akan dilakukan untuk melihat sama ada rawan menjadi semakin nipis atau tidak. X-Ray juga penting sekiranya anda memerlukan pembedahan penukaran sendi otot.
Rawatan Osteoartritis
Tujuan utama rawatan adalah untuk mengurangkan rasa sakit dan memperbaiki fungsi sendi supaya pesakit dapat melakukan aktiviti-aktiviti harian.
1. Ubahsuai Aktiviti Harian
Aktiviti-aktiviti harian seperti mencangkung, melutut, duduk atas bangku rendah, naik dan turun tangga atau apa-apa pergerakan yang memberi beban kepada sendi lutut harus dikurangkan. Limitkan pergerakan anda dalam satu-satu masa. Kenal pasti isyarat sakit yang datang dan pastikan anda berhenti melakukan aktiviti tersebut. Kemudian anda boleh tingkatkan masa secara perlahan-lahan dan berjadual.
Sebagai contoh, anda ingin menaiki tangga. Dan pada tangga kelima, anda pasti akan merasa sakit.Maka, apabila sampai di tangga yang keempat, berhenti untuk seketika dan kemudian teruskan. Lakukan perkara yang sama untuk aktiviti-aktiviti lain. Rekodkan aktiviti anda. Kemudian dari hari ke hari, cuba tambahkan bilangan tangga yang anda naiki secara perlahan-lahan dan konsisten.
Memaksa diri untuk melakukan kerja walaupun berasa sakit hanya akan menyebabkan rawan anda menjadi semakin nipis dan kesakitan anda akan semakin bertambah walaupun ubat yang diberikan doktor adalah mencukupi.
2. Rawatan Fizikal
Rawatan dengan menggunakan pek ais amat berguna sekiranya terdapat sakit sendi lutut yang akut (tiba-tiba). Untuk mengurangkan kekakuan sendi, rawatan dengan pek panas adalah berkesan. Senaman untuk menguatkan otot hadapan peha (quadriceps) adalah penting untuk menstabilkan sendi lutut. Pada masa yang sama, senaman untuk menggerakkan sendi lutut diperlukan untuk mengurankan kekakuan sendi lutut. Anda boleh menggunakan seperti tongkat, ‘knee brace’ untuk menurangkan beban ke atas sendi lutut tetapi jangan gunakan untuk jangka masa yang panjang kerana ia akan menyebabkan anda bergantung sepenuhnya dengan bantuan tersebut.
Rawatan Farmakologi
Ubat-ubat yang boleh digunakan untuk merawat penyakit arthritis sendi lutut boleh dibahagikan kepada dua kategori. Kategori yang pertama adalah ubat yang mengurangkan simptom dan tanda-tanda. Kategori yang kedua adalah untuk mengubah struktur lapisan rawan sendi lutut.
1. Ubat tahan sakit
Ubat-ubat yang digunakan untuk mengurangkan kesakitan termasuk paracetamol dan tramadol amat biasa digunakan untuk mengurangkan sakit sendi, terutamanya bagi pesakit yang mempunyai gastritis dan ulser perut. Kegunaan NSAIDS dan COXIBS akan memburukkan lagi keadaan tersebut.
2. Ubat-ubat Anti-Inflamasi Bukan Steroids (NSAIDS)
Kumpulan ubat ini adlaah penting untuk mengurangkan komponen inflamasi penyakit osteoartritis. Pesakit yang kerap hadapi tanda-tanda seperti bengkak sendi, sakit dan panas sendi perlu dirawati dengan kumpulan ubat anti-inflamasi ini.
Walaubagaimanapun, ubat-ubat ini boleh menyebabkan gastrik dan mengganggu fungsi buah pinggang terutamanya di kalangan orang tua. Justeru, ubat ini patut diberikan pada dos yang minimum dalam jangka masa yang pendek.
3. Penghalang Cox-2
Kumpulan ubat ini bertujuan mengurangkan kesan sampingan ubat anti-inflamasi NSAIDS. Umpanya Etoricoxib, Celecoxib, Meloxicam adalah ubat-ubat yang digunakan untuk merawati penyakit artritis dan rheumatism. Ubat -ubat ini tidak sesuai untuk pesakit-pesakit yang menghidapi penyakit arteri koronari, angin ahmar serta penyakit alahan pada ubat-ubat ini. Ubat ini juga patutu diberikan pada dos yang minimum dalam jangka masa paling pendek.
4. Glucosamine Sulfate
Glucosamine, adalah sebahagian daripada aminomonosaccharide glucosamine semula jadi yang mempunyai saiz dan berat molekul yang kecil, 179 daltons. Ia adalah sebahagian daripada lapisan rawan pada permukaan sendi serta cecair sendi synovium.
Berbagai penyelidikan perubatan telah menunjukkan betapa berkesannya glucosamine sulfate dalam mengurangkan tanda-tanda sakit serta meningkatkan pergerakan pada sendi. Penggunaan glucosamin sulfate pada jangka masa panjang juga dapat mencegah kerosakan struktur rawan pada sendi.
5. Chondroitin Sulfate
Chondroitin sulfate, sejenis glycosaminoglycan yang mempunyai saiz molekul yang amat besar, antara 10,000 hingga 40,000 daltons juga digunakan untuk merawati penyakit sendi 0steoartritis. Bahan ini didaftarkan sebagai suplemen makanan di Malaysia. Penyelidikan selanjutnya adalah perlu untuk menunjukkan keberkesanan bahan ini.
Suplemen Makanan, Herba dan Perubatan Tradisional
Walaupun terdapat berbagai testimoni yang mengatakan betapa bergunanya suplemen makanan, herba dan perubatan tradisional, terdapat banyak juga pesakit yang menghadapi kesan-kesan sampingan dengan cara rawatan ini.
Proses pendaftaran suplemen makanan, herba dan perubatan tradisional adalah berlainan jika dibandingkan dengan pendaftaran ubat. Kawalan keatas bahan-bahan ini adalah lebih longgar.
Sekiranya anda menerima cara rawatan dengan bahan-bahan tersebut di atas, anda perlu memberitahu kepada doktor anda untuk mengelakkan kesan-kesan sampingan yang tidak diingini.
Suntikan Sendi Dengan Hyaluronic Acid
Hyaluronic acid merupakan sejenis bahan yang terdapat di dalam tisu synovium sendi. Penggunaan suntikan bahan ini ke dalam sendi amatlah meluas ntuk mengurangkan kesakitan sendi serta meningkatkan pergerakan sendi. Suntikan ini diberikan sekali seminggu, ntuk tiga hingga 5 suntikan. Setiap jenis suntikan hyaluronic acid adalah berbeza dari segi saiz dan berat molekul. Suntikan ubat ini boleh mengurangkan sakit sendi, memperbaiki pergerakan serta meningkatkan fungsi-fungsi sendi.
Suntikan Sendi dengan Steroids
Suntikan sendi dengan ubat corticosteroids digunakan dengan meluas untuk mengurangkan komponen inflamasi osteoartritis. Ubat ini berkesan selama satu hingga beberapa bulan. Walaubagaimanapun, penggunaan ubat ini secara berlebihan boleh membawa kepada pelbagai kesan sampingan. Adalah tidak digalakkan untuk menggunakan ubat ini lebih daripada tiga suntikan setahun.
Rawatan Pembedahan
1. Pembedahan artroskopi sendi
Pesakit yang kerap mempunyai masalah bengkak dan inflamasi sendi yang berulangan akan bermanfaat dengan menggunakan cara rawatan pembedahan artroskopi. Artroskopi bertujuan untuk memeriksa kerosakan di dalam ruang sendi umpamanya kerosakan pada meniscus, kerosakan lapisan rawan serta pembentukan tulang berlebihan (spur) pada hujung tulang. Kerosakan tersebut boleh dicukur, dibersihkan, serta dibuang dari ruang sendi. Ini bertujuan untuk mengurangkan proses inflamasi serta kerosakan mekanikal yang selanjutnya.
2. Pembedahan pertukaran sendi
Pembedahan pertukaran sendi lutut adalah pembedahan pertukaran sendi yang paling kerap dijalankan. Keputusan pembedahan ini adalah amat menggalakkan, ramai pesakit dapat kembali kepada fungsi aktiviti harian. Tujuan utama pembedahan ini ialah menghilangkan kesakitan sendi lutut terutamanya kepada mereka yang mengalami kesakitan yang teruk, di mana ubat-ubat yang digunakan tidak lagi memberikan kesan. Pesakit boleh berjalan dengan baik tanpa bantuan dalam masa sebulan selepas pembedahan. Sendi lutut yang dipasangkan boleh bertahan lama untuk lima hingga 20 tahun sekiranya dijaga dengan baik.
Kesimpulan
Masalah osteoartritis terutamanya sendi lutut adalah masalah sendi dan tulang yang paling kerap dijumpai. Pemeriksaan serta rawatan awal adalah amat penting untuk mencegah kerosakan yang keterlaluan pada permukaan sendi. Rawatan awal penyakit osteoartritis termasuk kombinasi pelbagai rawatan klinikal yang ada. Ini bergantung kepada tahap keterukan penyakit bagi setiap individu.
Tips yang berguna
  1. Mendapatkan nasihat daripada pegawai perubatan yang bertauliah.
  2. Beritahu doktor sekiranya anda menggunakan suplemen makanan, herba, dan perubatan tradisional.
  3. Gunakan jenama ubat yang telah dibuktikan berkesan secara klinikal.
  4. Disebabkan ubat palsu semakin berleluasa dalam pasaran, dapatkan ubat anda dari pihak yang bertauliah seperti doktor dan farmasi.
Tulisan : Sdr. Hidayat Sarif, PSIPUM
Saya Suka!

Kelebihan Berpuasa Terhadap Perkembangan Otak


Kajian daripada saintis US menunjukkan berpuasa secara tetap pada satu-satu masa mampu melindungi otak daripada penyakit degeneratif.
Pengkaji daripada Institut Kebangsaan dari Baltimore mengenai penuaan mengatakan mereka telah menemukan bukti bahawa mengurangkan pengambilan makanan untuk satu atau dua hari dalam seminggu berkesan untuk mengurangkan kesan penyakit Alzhemer, Parkinson dan penyakit lain yang berkaitan.
“Mengurangkan pengambilan kalori dapat melindungi otak anda tetapi melakukannya dengan mengurangkan pengambilan kalori bukanlah cara yang terbaik untuk memulakannya. Sebaiknya berpuasa selama sehari atau dua hari dan pada hari lain anda makan seperti biasa dan makan sebanyak mana yang anda inginkan” kaa Profesor Mark Mattson, ketua makmal neurosains di institut tersebut.
Dengan kata lain, pengaturan masa dalam diet memainkan peranan penting untuk proses ini,” Mattson memberitahu di mesyuarat tahunan American Association for the Advancement of Science di Vancouver.
Mengurangkan pengambilan makan kepada lebih kurang 500 kalori, amaun makanan bersamaan dengan beberapa jenis sayuran dan minuman teh selama 2 hari dalam seminggu memberikan keputusan yang memberangsangkan dalam kajian mereka.
Saintis sudahpun tahu bahawa diet rendah kalori adalah resepi untuk hidup yang lebih panjang. Kajian terhadap tikus telah membuktikannya dengan peningkatan umur sebanyak 40%. Kesan yang sama juga dilihat terhadap manusia. Bukan sahaja memanjangkan hayat manusia, kesan penuaan dan strok juga dapat dikurangkan dengan berpuasa selama 2 hari dalam seminggu.
Beliau dan rakan-rakan juga telah mengenal pasti mekanisma yang spesifik di mana perkembangan neuron berkait balas dengan pengurangan pengambilan kalori makanan. Amaun kimia 2 sel penghantar meningkat apabila kandungan kalori dilakukan secara mendadak. Sel penghantar kimia ini memainkan peranan yang penting dalam perkembangan neuron di otak dan mengurangkan impak penyakit Alzheimer dan juga Parkinson.
Bukan itu sahaja, berpuasa juga mampu meningkatkan kekuatan ingatan dan pemikiran apabila sel otak diberikan sedikit tekanan. Sama seperti otot badan yang memerlukan rintangan untuk mendapatkan otot yang besar dan kuat.

Pelancaran Ebook Teknik Efektif Menurunkan Berat Badan Secara Klinikal

Pada waktu yang terdekat ini, saya akan melancarkan Ebook ‘Teknik Efektif Menurunkan Berat Badan Secara Klinikal’.
Di dalam ebook ini terdapat beberapa kaedah efektif dan berkesan untuk menurunkan berat badan. Buku ini sudah lama dihasilkan tetapi disebabkan kekangan masa, saya tidak dapat melancarkannya. InsyaAllah berkemungkinan ebook ini akan dilancarkan pada minggu hadapan.
Antara kandungan di dalam ebook tersebut adalah:
  1. Bagaimana mengira kalori dalam menurunkan berat badan.
  2. Diet rendah karbohidrat yang terbukti secara klinikal.
  3. Senaman yang paling efektif dan pantas untuk menurunkan berat badan.
  4. Teknik efektif senaman perut yang kita tidak tahu.
Tulisan : Sdr. Hidayat Sarif, PSIPUM

 Beli eBook di sini
Saya Suka!