Monday, 30 April 2012
Terapi Zikir Imam Muda Najdi
Terapi Zikir Fitri Haris (assyafi.com)
Wednesday, 11 April 2012
Daun Bidara
Di antara bahan-bahan yang digunakan dalam rawatan Islam ialah daun bidara yang ditumbuk halus kemudian dicampurkan dengan air doa lalu diminumkan sebahagian, dan sebahagian lagi untuk mandi.
Ibnu Kathir menyebutkan di dalam tafsirnya bahawa Al-Qurthubi menceritakan dari Wahab bahawa dia mengatakan, “Ambillah 7 helai daun bidara lalu tumbuk di antara 2 batu kemudian dicampurkan dengan air dan dibacakan Ayat Kursi kemudian diminumkan kepada orang yang terkena sihir sebanyak 3 kali tegukan lalu dimandikan dengan air sisanya maka ia akan menghilangkan sihirnya. Terutama bagi suami yang terhalang menggauli isterinya.”
Ibnu Kathir mengatakan bahawa yang paling bermanfaat dalam menghilangkan pengaruh sihir adalah dengan menggunakan apa yang diturunkan Allah s.w.t. kepada RasulNya untuk menghilangkan hal itu iaitu membaca al-muawwidzatian (al-Falaq dan an-Nas) dan Ayat Kursi kerana ayat-ayat itu dapat mengusir syaitan.
Cara Menggunakan Daun Bidara:
- Ambil 7, 9, 11 atau lebih (kiraan ganjil) helai daun bidara.
- Tumbuk dan dihaluskan.
- Letakkan daun bidara yang telah dilauskan tadi ke dalam sebuah gelas.
- Campurkan daun bidara bersama dengan air doa.
- Membaca al-Fatihah dan Selawat.
- Niatkan kesembuhan dan pulih dari segala gangguan.
(Gunakan kaedah bacaan surah al-Fatihah dan berdoa sebelum ‘Ameen’).
- Minum hanya 1/3 air bidara yang di dalam gelas.
- Baki 2/3 digunakan untuk mandi.
Cara Mandi dengan Daun Bidara:
- Waktu mandi adalah di antara waktu asar dan maghrib. (Boleh juga sebelum subuh)
- Pesakit hendaklah mandi seperti biasa dan pada akhir mandian itu, tuangkan baki 2/3 air bidara ke dalam baldi dan campurkan air biasa untuk memenuhi baldi tersebut.
- Jirus ke seluruh tubuh dan biarkan air di badan kering tanpa perlu mengelap badan.
- Lakukan minum serta mandi selama 3 hari berturut-turut atau 7 hari atau 21 hari..
Wallahu'alam..
Saya Suka!
Tuesday, 10 April 2012
Galas beg berisiko alami sakit belakang
NEW YORK 8 April - Remaja sekolah yang menggalas beg dengan berat melebihi antara 10 dan 15 peratus daripada berat badan mereka berisiko mengalami sakit belakang dan masalah berkaitan, menurut satu kajian terkini.
Penyelidik berkata, keadaan itu bertambah buruk seandainya remaja terbabit tidak melakukan senaman secukupnya. Kajian tersebut dilakukan terhadap lebih 1,400 pelajar berusia antara 12 dan 17 tahun, di 11 buah sekolah, di sebuah wilayah barat laut Sepanyol.
Penyelidik turut mengumpul maklumat seperti ketinggian pelajar, kekerapan melakukan senaman, masalah kesihatan lain dan juga sejarah kesakitan di bahagian belakang badan. “Kebanyakan beg belakang memiliki berat kira-kira tujuh kilogram dan hampir 62 peratus pelajar membawa beg belakang dengan berat melebihi 10 peratus daripada berat badan mereka, manakala 18 peratus lagi membawa beg belakang dengan berat melebihi 15 peratus daripada berat badan mereka,” kata penyelidik.
Satu daripada empat pelajar menyatakan bahawa mereka pernah mengalami sakit belakang lebih daripada 15 hari.
Masalah yang biasa dialami termasuk scoliosis atau tulang belakang melengkung, yang diagnosis di kalangan 70 peratus pelajar dengan mengalami kesakitan belakang.
Masalah sakit tulang belakang bahagian bawah serta kontraksi otot berterusan juga dilaporkan sering berlaku.
Daripada kajian, remaja perempuan didapati lebih mengalami sakit belakang berbanding remaja lelaki dan risiko mereka kelihatan meningkat sejajar dengan peningkatan usia.
Kajian itu turut mendapati remaja dengan beg belakang yang berat didapati 50 peratus lebih kerap mengalami kesakitan melebihi 15 hari, berbanding dengan mereka yang membawa beg lebih ringan. – AGENSI
Subscribe to:
Comments (Atom)

