Saturday, 21 January 2012

Resdung ? Biasa dan Tak Biasa

RESDUNG - Risiko jangkitan otak

ANDA batuk, kerap bersin, tidak bermaya dan tidak sedap badan. Hidung pula rasa berair dan tersumbat. Anda terasa yang anda demam.
Apabila ubat-ubatan yang diambil tidak meredakan gejala-gejala demam biasa, bangun pagi anda mulai diiringi dengan sakit kepala dan rasa berat pada bahagian muka.

Selepas doktor mendengar sejarah gejala, memeriksa bahagian muka, dahi dan mungkin menjalankan sinaran-X pada bahagian sinus, anda disahkan menghidap penyakit sinusitis.

Di kalangan masyarakat setempat, ia lebih popular sebagai resdung dan sangat biasa terjadi di kalangan rakyat negara ini.

``Ringkasnya, resdung menghasilkan pelbagai gejala hidung dan tidak ketinggalan boleh juga memberikan kesan terhadap tekak, peti suara serta telinga tengah.

``Salah satu punca resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga di sekelilingnya yang dipanggil sinus,'' kata Pakar Telinga, Hidung dan Tekak, Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur, Dr. Amir Izwan Mohamed Dahan.

Menurutnya, sinus sebenarnya adalah rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil.

Sinus terletak pada bahagian muka - pipi di bawah mata, di antara dua mata, hanya sedikit di belakang hidung dan turut meliputi bahagian dahi seseorang.
Ia terbahagi kepada empat; masing-masingnya dikenali sebagai sinus frontal, sinus maksila, sinus etmoid dan sinus sfenoid.

Fungsi sebenar sinus tidak diketahui dengan tepat tetapi ada antara teori mengatakan sinus berfungsi meringankan tengkorak selain turut memainkan peranan dalam degungan suara.

``Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan disalirkan ke dalam hidung.

``Jika saluran daripada sinus ini tersumbat, lendir akan terkumpul dan rongga sinus menjadi tempat pembiakan yang baik bagi kuman bakteria,'' katanya.

Dr. Amir Izwan yang juga pakar bedah kepala dan leher berkata, bengkakan di dalam lapisan hidung juga boleh menyebabkan salur sinus ini tersumbat.

Salah satu punca utama bengkakan dalam hidung ini ialah radang hidung disebabkan oleh alahan (rhinitis) yang agak berleluasa dalam masyarakat kita.
Mengulas lanjut, resdung boleh juga terjadi disebabkan oleh rerambut halus silia di dalam sinus yang sepatutnya membantu pengaliran mukus, gagal menyempurnakan tugasnya.

Aktiviti menyelam ataupun berenang merupakan antara beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko resdung selain asap rokok yang dikenal pasti sebagai pencetus radang hidung.

Oleh itu, adalah sangat penting `mengharamkan' tabiat merokok di dalam persekitaran rumah mahupun kenderaan pesakit resdung, sekali gus mengelakkan tempat-tempat yang seumpamanya.

Katanya, apabila gejala resdung berlaku dalam tempoh beberapa hari hingga beberapa minggu, ia diklasifikasikan sebagai akut. Resdung akut kadangkala adalah penyebab demam, terutamanya yang berlanjutan lebih daripada tujuh hingga 10 hari.

``Asalnya, virus-virus yang menyebabkan selesema biasa, menyerang lapisan dalam hidung dan sinus menyebabkan bengkak dan menyempit.

``Badan juga bertindak balas terhadap virus dengan menghasilkan lebih banyak mukus. Ini menyebabkan hidung tersumbat dan nanah terkumpul di dalam sinus yang bengkak,'' kata Dr. Amir Izwan.

Demam yang mula kebah tetapi kemudiannya bertukar melarat menjadi sebahagian tanda-tanda resdung akut. Di samping itu, kesakitan di dalam bahagian dahi yang timbul semasa anda mencondongkan badan ke depan seperti waktu sujud juga boleh menjadi petanda.

Ditanya bagaimanakah caranya untuk membezakan di antara resdung, demam selesema biasa dan alahan hidung memandangkan ketiga-tiganya mempunyai gejala yang saling bertindihan, Dr. Amir Izwan menjelaskan:

``Jika pesakit demam dan mempunyai gejala berkaitan hidung seperti sakit muka dan hidung, keluar nanah berwarna kuning atau hijau daripada hidung atau kahak warna sama pada sebelah pagi, itu resdung.

``Apabila gejala-gejalanya berlaku lebih kerap ataupun jangkitan berpanjangan lebih daripada tiga bulan, resdung akut boleh menjadi kronik.

``Gejalanya mungkin tidak seteruk resdung akut namun, jika tidak dirawat boleh menyebabkan kerosakan kepada sinus dan tulang pipi sehingga memerlukan pembedahan,'' katanya.

Walaupun resdung tidak boleh menjadi kanser sehingga menyebabkan hidung rompong tetapi sebaliknya kanser boleh memperlihatkan gejala-gejala seperti penyakit itu.

Sekiranya dibiarkan tanpa rawatan, resdung boleh mengakibatkan maut tidak langsung yang disebabkan oleh komplikasi pada otak pesakit. Serangan resdung berulang-ulang juga boleh berlaku. Pesakit selalunya diberikan rawatan antibiotik untuk menyembuhkannya tetapi penyakit datang semula sebulan dua kemudian.

Puncanya mungkin disebabkan oleh faktor penyebab penyakit ini yang tidak dirawat sepenuhnya, lazimnya susunan tulang dalaman sinus yang tidak normal dan sempit. Dalam kes-kes begini, pembedahan endoskopi dilakukan.
Sekiranya gejala resdung masih berterusan, kaedah baru ini akan dilakukan di mana rongga-rongga sinus terlibat akan dibuka menggunakan alat-alat khas di bawah penglihatan kamera skop.

Pembedahan sinus endoskopi ini sama sekali tidak memerlukan belahan pada kulit kerana segala prosedurnya dilakukan di dalam rongga hidung. Ini berbeza dari kaedah lama pembedahan di mana belahan terpaksa dibuat di sekeliling kawasan hidung.

Pun begitu, gejala alahan hidung masih boleh terjadi selepas pembedahan dan hanya dapat dikawal melalui penggunaan ubat-ubatan.

``Justeru, adalah sangat penting bagi para pesakit untuk mengekalkan pengambilan ubat-ubatan antialahan selepas pembedahan,'' kata Dr. Amir Izwan.

Tambahnya, cara terbaik untuk mencegah serangan resdung ialah dengan merawat gejala-gejala hidung dengan segera sebelum ia melarat.

Gejala resdung:
* Hidung tersumbat
* Lendir daripada hidung dan tekak
* Muka berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian antara mata
* Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang
* Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan akibat gejala di atas
* Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.

Punca resdung:
* Susunan tulang dalaman hidung yang sempit
* Hidung bengkok
* Mandi dan terjun di dalam air yang kotor
* Jangkitan gigi atas
* Ketumbuhan di dalam hidung
* Objek dimasukkan ke dalam hidung, contohnya putik kapas, maik dan kertas
* Tisu belakang hidung yang bengkak terutamanya kanak-kanak.

Komplikasi resdung:
* Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
* Jangkitan otak (meningitis)
* Sakit tekak yang kronik
* Jangkitan tulang muka
* Memburukkan keadaan lelah
* Berdengkur yang kronik
* Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
* Alahan hidung atau hidung sensitif
* Selesema biasa yang melarat.

Diagnosis:
* Skop hidung untuk melihat punca resdung
* Skan CT hidung dan sinus untuk melihat rongga-rongga yang terlibat dan kawasan putih menandakan lendir atau dipenuhi nanah

Rawatan:
Berdasarkan gejala pesakit dan hasil diagnosis, rawatan bersesuaian akan disyorkan.

* Antibiotik (10 hingga 14 hari bagi resdung akut)
* Ubat selesema
* Dekongestan; ubat titis atau semburan hidung
* Pembedahan hanya akan dipertimbangkan setelah rawatan-rawatan lain tidak berkesan ataupun jika ada sesuatu yang menghalang sinus dan ia tidak dapat disembuhkan dengan ubat-ubatan.

Tip menguruskan resdung:
* Bagi pesakit yang mempunyai alahan hidung disarankan agar tidak menyapu rumah tetapi menggunakan vakum atau mop
* Elakkan makanan yang boleh menyebabkan alahan
Setiap individu alah kepada makanan yang berlainan terutamanya ramai orang yang tidak boleh memakan makanan laut yang kaya protein atau belacan
* Banyakkan berehat. Berbaringlah menggunakan bahagian badan yang membuatkan anda bernafas dengan lebih baik kerana ia berupaya melegakan resdung
* Hirup sup atau cecair yang panas dan minum banyak air
* Lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam ataupun melakukan pernafasan wap
* Jangan menggunakan semburan hidung dekongestan lebih dari tujuh hari. Jika tidak, bengkak di dalam sinus akan menjadi lebih teruk selepas anda memberhentikan penggunaannya
* Bilas saluran sinus menggunakan larutan salina yang boleh didapati di farmasi
* Anda juga boleh menggunakan ubat-ubatan seperti acetaminophen dan parasetamol untuk merawat kesakitan
* Berbincanglah dengan doktor anda sebelum mengambil ubat demam kerana sesetengahnya boleh memburukkan gejala resdung ataupun menimbulkan lain-lain masalah.

ARKIB UTUSAN : 23/01/2005
Admin: Boleh hubungi Admin untuk perawatan resdung...
Saya Suka!

Kesihatan Mental : Normal ke Tidak ?

Understanding what's considered normal mental health can be tricky. See how feelings, thoughts and behaviors determine mental health and how to recognize if you or a loved one needs help.

 
What's the difference between mental health and mental illness? Sometimes the answer seems clear. For instance, a person who hears voices in his or her head could have schizophrenia. A person who goes on a frenzied shopping spree or starts an ambitious project — such as remodeling the bathroom — without any plans might be having a manic episode caused by bipolar disorder.
In some cases, however, the distinction between mental health and mental illness isn't so obvious. If you're afraid of giving a speech in public, does it mean you have a mental health condition or a run-of-the-mill case of nerves? If you feel sad and discouraged, do you have the blues, or is it full-fledged depression?
Here's help understanding how mental health conditions are identified.

Why is it so tough to tell what's normal?

It's often difficult to distinguish normal mental health from mental illness because there's no easy test to show if something's wrong. Mental health conditions are diagnosed and treated based on signs and symptoms, as well as on how much the condition affects your daily life. Signs and symptoms can affect your:
  • Behavior. Obsessive hand-washing or drinking too much alcohol might be signs of a mental health condition.
  • Feelings. Sometimes a mental health condition is characterized by a deep or ongoing sadness, euphoria or anger.
  • Thinking. Delusions — such as thinking that the television is controlling your mind — or thoughts of suicide might be symptoms of a mental health condition.

What is the Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders (DSM)?

The Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders (DSM) is a guide published by the American Psychiatric Association that explains the signs and symptoms that mark more than 300 types of mental health conditions. Mental health providers use the DSM to diagnose everything from anorexia to voyeurism and, if necessary, determine appropriate treatment. Health insurance companies also use the DSM to determine coverage and benefits and to reimburse mental health providers. 

How do mental health providers diagnose mental health conditions?

To determine if you have a mental health condition, a mental health provider will work with you and your loved ones to assess:
  • Your signs and symptoms. Your mental health provider will ask about your signs and symptoms, when they began and how they've affected your life. How you perceive your thoughts and behaviors and how much your signs and symptoms affect your daily activities can help determine what's normal for you. For instance, you might realize that you aren't coping well or that you don't want to do the things you used to enjoy. You might feel sad, hopeless or discouraged. If your sadness has a specific cause, such as divorce, your feelings could be a normal, temporary reaction. However, if you have signs and symptoms that are severe or don't go away, you could have depression. You might also need to have a physical exam to rule out any underlying health conditions.
  • Others' perceptions. Your perceptions alone might not give you an accurate picture of your behavior, thoughts or ability to function. Other people in your life can help you understand whether your behavior is normal or healthy. For example, if you have bipolar disorder, you might think your mood swings are just part of the normal ups and downs of life. Your thoughts and actions, however, might appear abnormal to others or cause problems at work, in relationships or in other areas of your life.

Do the definitions of mental health conditions change?

New research can lead to changes in the classification of mental health conditions. New conditions can be added, existing conditions can be removed, and signs and symptoms can be modified as new opinions develop. For example, researchers are considering whether premenstrual signs and symptoms may be added to the DSM as a diagnosable condition called premenstrual dysphoric disorder. Revisions may also reflect evolving social and cultural attitudes.

When is an evaluation or treatment needed?

Each mental health condition has its own set of signs and symptoms. In general, however, professional help may be warranted if you or a loved one experiences:
  • Marked change in personality, eating or sleeping patterns
  • Inability to cope with problems or daily activities
  • Strange or grandiose ideas
  • Excessive anxiety
  • Prolonged depression or apathy
  • Thinking or talking about suicide
  • Substance abuse
  • Extreme mood swings or excessive anger, hostility or violent behavior
Many people who have mental health conditions consider their signs and symptoms a normal part of life or avoid treatment out of shame or fear. If you're concerned about your mental health or a loved one's mental health, don't hesitate to seek advice. Consult your family doctor, make an appointment with a counselor or psychologist, or encourage your loved one to seek help. With appropriate support, you can identify mental health conditions and explore treatment options, such as medications or counseling.

Sumber: http://www.mayoclinic.com
Saya Suka!

Saturday, 14 January 2012

Kencing Manis ? Manis Gula Yang Binasa...

Diabetes Mellitus jenis 2: Apakah ia?

Diabetes Mellitus jenis 2 atau lebih dikenali dengan kencing manis berlaku kepada semua peringkat umur dan simptom-simptomnya tidak nampak ketara. Malahan, hampir 1 dari pada tiga orang yang menghidap kencing manis tidak menyedari yang mereka mengalaminya. Diabetes merupakan keadaan yang kronik di mana badan tidak mampu menukarkan makanan kepada tenaga. Ini menyebabkan gula di dalam darah semakin bertambah dan meningkatkan risiko penyakit jantung, kegagalan buah pinggang dan komplikasi-komplikasi yang lain.

Insulin: Menukarkan Glukos kepada Tenaga

Selepas makan, saluran pencernaan akan menukarkan makanan yang berasaskan karbohidrat kepada gula ringkas ia itu glukos. Glukos akan masuk ke dalam saluran darah dan merangsang penghasilan insulin melalui pankreas. Insulin kemudiannya memastikan glukos masuk ke dalam sel-sel dan ditukarkan menjadi tenaga. Glukos yang berlebihan akan disimpan di bahagian hati.

Di dalam penyakit kencing manis, sel-sel tidak dapat menggunakan glukos dengan sempurna. Disebabkan itu, kandungan glukos dalam darah semakin meningkat. Dalam keadaan ini insulin akan dihasilkan kerana mengenal pastik kandungan gula yang tinggi. Walaupun banyak insulin dihasilkan, tetapi otot, hati dan lemak tidak dapat memberikan respon secara efektif. Keadaan insulin tersebut digelar rintangan insulin (insulin resistance).
Lama-kelamaaan penghasilan insulin akan menjadi semakin berkurangan apabila keadaan kencing manis tidak dapat dikawal dengan sebaiknya.

Simptom-simptom kencing manis
  • Cepat dahaga
  • Kerap kencing dengan kuantiti yang banyak
  • Cepat lapar
  • Kebas kaki
  • Mata kabur
Faktor Risiko Yang Boleh Dikawal
  1. Lebih berat badan: Apabila index jisim badan (BMI) anda melebihi 25.
  2. Gaya hidup yang tidak aktif
  3. Tinggi kolesterol dan juga lemak. Contohnya HDL ‘kolesterol baik’ rendah daripada 35 mg/dL atau trigliserida melebih 250 mg/dL
  4. Tekanan darah melebih 140/90 mmHg untuk dewasa.
  5. Merokok.
Faktor Risiko Yang Tidak Boleh Dikawal
  1. Kaum.Kaum India didapati mempunyai risiko kencing manis lebih tinggi berbanding kaum yang lain.
  2. Umur melebihi 45 tahun meningkatkan risiko kencing manis
  3. Sejarah keluarga yang mempunyai kencing manis meningkatkan risiko tersebut.
Lebih banyak faktor risiko anda, maka kemungkinan untuk menghidap kencing manis menjadi semakin tinggi.

Faktor Risiko Untuk Wanita

Menghidapi kencing manis ketika mengandung meletakkan anda pada risiko yang tinggi untuk mendapat diabetes mellitus jenis 2 pada kemudian hari. Perempuan yang melahirkan anak melebihi 3.5 kg juga turut mempunyai risiko. Mempunyai sejarah ‘sindrom polisistik ovari’ juga meletakkan risiko anda untuk mendapat kencing manis.

Bagaimana untuk mendiagnos kencing manis

Ujian darah yang ringkas sudah cukup untuk mendiagnos diabetes. Ujian HbA1C memberikan gambaran mengenai keadaan glukosa dalam darah pada dua tiga bulan sebelumnya. Ia menunjukkan bagaimana anda mengawal paras glukos anda. Sekiranya melebihi 6.5%, bermakna kawalan paras glukos anda tidak dikawal dengan baik.

Doktor akan melihat pada simptom anda dan juga ujian darah yang diambil. Sekiranya ujian darah ketika tidak makan dan selepas makan melebihi 7.0 mmol/L dan 11.0 mm0l/L, anda akan didiagnos mempunyai kencing manis.

Doktor juga akan meminta anda minum air gula yang telah disediakan sekiranya perlu untuk mendiagnos penyakit kencing manis.

Kerosakan jangka panjang: Arteri

Semakin lama, apabila kencing manis tidak dirawat, ia akan merosakkan banyak organ-organ lain dalam badan. Dua daripada tiga pesakit kencing manis mati disebabkan sakit jantung. Ia juga meningkatkan risiko untuk anda mendapat strok. Pesakit kencing manis lebih cenderung menyebabkan munculnya plak di dalam arteri dan mengurangkan pengaliran darah dan menyebabkannya tersumbat. Arteri akan menjadi semakin keras dan berlakulah penyakit jantung dan juga penyakit strok.
Komplikasi-komplikasi lain.

Bukan hanya strok dan sakit jantung. Penyakit kencing manis juga membawa kepada:
  1. Kegagalan buah pinggang.
  2. Kehilangan deria penglihatan dan juga katarak.
  3. Hilang deria sentuhan terutamanya di kaki.
  4. Jangkitan kuman menjadi lambat sembuh.
Mengawal diabetes: Diet

Apa yang baiknya mengawal paras glukosa dalam darah dengan diet turun mengurangkan risiko komplikasi kencing manis. Anda harus mengawasi kandungan karbohidrat dalam pemakanan anda. Sebaiknya kurangkan kalori dengan mengurangkan makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi putih dan juga roti putih. Gantikan dengan roti gandum sekiranya perlu.
Berjumpa dengan pakar pemakanan adalah cara terbaik untuk anda mengubah tabiat pemakanan yang tidak sihat.

Senaman, senaman dan senaman

Saya amat menitik beratkan hal ini kerana ia amat penting. Cukuplah sekadar senaman ringan dilakukan setiap hari. Semakin hari anda boleh meningkatkan kekuatan senaman anda. Apabila bersenam ia mampu membantu tubuh badan menggunakan insulin dengan efektif dan mengawal kandungan glukosa dalam darah.

Gabungan diet dan senaman juga akan mengurangkan lemak, merendahkan tekanan darah dan juga melindungi jantung anda.
Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali sehari dengan senaman sederhana selama 30 minit.

Mengawal Diabetes: Ubat-ubatan

Apabila kencing manis tidak dapat dikawal dengan diet mahupun senaman, ubat adalah alternatifnya. Terdapat banyak jenis pil yang mampu mengawal kandungan gula dan boleh digunakan secara gabungan pil. Ada jenis ubat yang merangsang penghasilan insulin,  ada ubat yang meningkatkan kesan insulin terhadap sel dan ada juga ubat yang menghalang pencernaan karbohidrat.

Mengawal Diabetes: Insulin

Dan dalam situasi-situasi tertentu, suntikan insulin diperlukan dalam rawatan kencing manis. Apabila anda didiagnos kencing manis ketika mengandung, insulin akan diberikan. Begitu juga apabila kandungan gula terlalu tinggi dan tidak dapat dikawal. Juga dalam keadaan situasi apabila pankreas mengalami kegagalan menghasilkan insulin.

Sumber: http://psipum.org

Admin:

Kencing manis juga boleh dikurangkan dengan al-Hijamah (Bi Iznillah). Tetapi ianya haruslah di lakukan oleh Ahlinya sahaja. Beberapa titik penting dan kadarnya juga harus mengikut tahap kencing manis klien. InshaAllah semakin berkurang.



Saya Suka!

Penyakit Schizophrenia : Keretakan Jiwa dan Emosi ?



“Mereka bilang aku gila.” Tegas seorang lelaki pesakit skizofrenia kepada tuan doktor di sebuah hospital sakit jiwa. Berulang-ulang kali diulangnya begitu. Ironinya, sememangnya yang berkata-kata itu adalah salah seorang pesakit jiwa yang dirawat di hospital tersebut. Akan tetapi, apakah yang membuatkan dia begitu yakin dirinya normal?

Jika diteliti kondisi lelaki tersebut, dia sebenarnya mengalami gangguan pemikiran dan sering memiliki khayalan serta halusinasi. Manifestasi daripada khayalan ini adalah mengeluarkan perkataan yang bukan-bukan. Halusinasi tersebut benar-benar dapat didengar, dilihat, bahkan dirasai oleh si penderita.



Seringkali halusinasi mengarahkan tindakan penderita, mengingati suatu bahaya atau memberitahu dia apa yang harus dilakukan. Bahkan tak jarang si penderita asyik bercakap-cakap dengan para tokoh yang muncul dalam halusinasi ini.


Para penderita skizofrenia sangat yakin bahawa apa yang ia dengar dan lihat juga didengar dan dilihat oleh lingkungan sekelilingnya. Keyakinan ini, kadang-kadang menjadi halangan terbesar bagi penyembuhannya. Kerana jika si penderita masih meyakini halusinasinya, maka ia tetap menganggap dirinya waras.


Apakah itu schizophrenia?


Skizo membawa maksud retak, sedang frenia ertinya jiwa. Oleh yang demikian, seorang yang menderita skizofrenia adalah seorang yang mengalami keretakan jiwa. Gangguan skizofrenia mempengaruhi pelbagai area fungsi individu, termasuk berfikir dan berkomunikasi, menerima, dan menginterpretasikan realiti, merasakan dan menunjukkan emosi, dan berperilaku dengan sikap yang dapat diterima secara sosial.


Sedikit orang tahu bahawa John Forbes Nash Jr., peraih hadiah Nobel bidang Ekonomi tahun 1994, adalah seorang penderita skizofrenia, sampai kemudian sebuah filem yang digarap mantap oleh sutradara Hollywood, Ron Howard membiografikan kisah hidupnya dalam A Beatiful Mind. Dalam filem yang dibintangi oleh Russell Crowe tersebut, susuk tubuh John Nash mengundang banyak simpati.


Filem A Beatiful Mind menggambarkan dengan cukup menarik bagaimana John Nash berkomunikasi dengan tokoh-tokoh khayalannya seolah mereka benar-benar nyata. Ia bahkan meyakini dirinya terlibat dalam sebuah konspirasi militan tingkat tinggi.


Hayati pula bagaimana kisah Amylia dalam novel Rahsia Perindu digarap kemas oleh penulis thriller nombor satu Malaysia, Ramlee Awang Murshid. Amylia, seorang peguambela, bersetuju membela seorang penjenayah yang kemungkinan besar akan menghadapi hukuman mati mandatori kerana membunuh. Tidak tertahan dengan dugaan yang dialaminya, suatu hari Amylia jatuh pengsan. Dan satu demi satu persoalan mula dibongkar oleh Ramlee dengan liciknya bila mana Amylia sebenarnya merupakan seorang pesakit skizofrenia yang mengalami halusinasi tanpa disedarinya dia sendirilah pembunuh yang dicari-cari.


Bagaimanakah skizofrenia terjadi?


Skizofrenia merupakan penyakit yang mempengaruhi otak. Pada otak terjadinya proses penyampaian maklumat secara kimiawi (neutotransmiter) yang akan meneruskannya ke sekitar otak.


Pada penderita skizofrenia, produksi neurotransmiter dopamin berlebihan, sedangkan kadar dopamin pada bahagian lain dari otak terlalu sedikit. Dopamin tersebut berperanan penting pada perasaan senang dan pengalaman mood yang berbeza. Bila kadar dopamin tidak seimbang (berlebihan atau berkurangan), penderita akan mengalami gejala-gejala skizofrenia.


Apakah skizofrenia dapat disembuhkan?


Ubat antipsikotik banyak diedarkan di pasaran yang disarankan oleh doktor. Meskipun efektif mengatasi gejala-gejala skizofrenia, ubat ini menimbulkan pelbagai efek sampingan seperti kekakuan otot, gerakan kaku seperti robot, mengantuk, sindrom metabolik seperti peningkatan berat badan (kegemukan), diabetes melitus, meningkatnya hormon prolaktin dalam darah sehingga menyebabkan gangguan seksual, amenorrhoea (tidak haid), galaktorrhea (keluarnya air susu) dan ginekomastia (membesarnya payudara pada lelaki).


Kesimpulan


Penyakit skizofrenia adalah salah satu daripada penyakit jiwa yang serius melanda manusia dewasa ini, namun itu tidak bermakna pesakitnya tiada harapan untuk sembuh seperti sediakala. Selagi ada usaha, di sana masih ada jalannya.


Sabda Rasulullah SAW: “Li kulli daain dawaa’. Illal maut.”
Maksudnya: “Bagi setiap penyakit itu ada ubatnya, melainkan mati.”


Sumber: http://psipum.org 


Admin:

Jika ada sesiapa ada kenalan atau ahli keluarga yang mempunyai masalah ini, InshaAllah kita akan bantu. Semuanya dengan Izin Allah.
Saya Suka!

Minyak Zaitun : Kenapa Kita Tak Mengenalinya...

Aku berada di bilik pemeriksaan ibu mengandung. Sambil melihat Dr. Ush menulis, aku pun buka mulut. `Dr, semua ibu mengandung akan ada kesan kulit tertarik (stretch mark) ke?
Doktor menjawab  ” Tak. Bukan semua ibu mengandung mesti ada parut macam tu. Ada yang tak ada. Awak tak tahu ke yang kita boleh elak stretch mark dengan olive oil? Kalau pun awak tak mengandung, pada mana-mana tempat di kulit yang ada kesan stretch mark, awak boleh sapu olive oil.  You know, kalau awak makan 1 sudu kecil olive oil setiap hari, awak boleh elak kanser dan macam-macam penyakit. Saya sendiri dah guna minyak tu untuk hilangkan parut bakar (burn) saya”.
Wah. Aku semacam dalam kekaguman. Ada benda semulajadi yang boleh buat keajaiban sehebat itu. Dengan itu, pencarianku bermula, dengan satu persoalan dalam fikiran. Apakah rahsia minyak zaitun ni?  Tambahan lagi, dalam buku-buku pun ada sebut pasal buah zaitun.
Sejarah mencatatkan, Muhammad (prophet p.b.u.h) pernah berkata
`Makanlah minyak zaiton dan urutkannya ke seluruh badan kerana ia adalah pokok yang suci’ (“Eat the olive oil and massage it over your body since it is a holy (Mubarak) tree.”) –Tirmizi, Ibn Maja
Setelah dikaji, memanglah olive oil ini satu benda yang menakjubkan!
Sedikit sejarah, sejak zaman Adam dan Hawa, zaiton ini telah dilambangkan sebagai  satu cara mencari Tuhan melalui perubatan herba secara getaran (vibrational herbal medicine). Sememangnya berdasarkan kajian, tenaga yang ada dalam minyak ini, akan bertambah jika kita menggunakannya dengan cara mengurut betul- betul seperti yang dikatakan Muhammad (s.a.w).
Antara banyak-banyak makanan yang ada di muka bumi ini, makanan utama yang hanya mengandungi lemak tak tepu (MUFA:monounsaturated fat) ialah minyak zaiton dan minyak ini adalah makanan utama orang-orang Mediterranean. Melalui kajian, mereka mempunyai risiko yang lebih rendah untuk menghadapi masalah kesihatan contohnya masalah jantung berbanding orang lain. 

Satu lagi kajian mencatatkan, jika kita HANYA bergantung pada minyak zaitun ini sahaja, sudah cukup untuk mengurangkan risiko kita sebanyak 50% berbanding orang lain untuk mendapat masalah saluran darah di jantung (coronary artery disease) .
Apa sebenarnya yang terkandung dalam minyak ini?
Minyak zaitun mempunyai kandungan asid lemak yang tinggi, omega-3, omega-6 dan pelbagai lagi. Semua asid lemak ini penting untuk peredaran impuls dalam otak, merendahkan paras kolesterol dalam badan dengan mengurangkan pengoksidaan lemak sekaligus mencegah masalah jantung. Minyak ini juga adalah pengawet semulajadi,boleh memanjangkan jangka hayat makanan. Contoh terdekat ialah tin-tin sardin yang dilihat di pasaraya. Semuanya direndam dalam minyak zaitun, betul atau tidak?
Jadi, bagaimana kita mahu menggunakan minyak zaitun`ajaib’ ini semaksimanya?
  • Sebagai minyak utama bila memasak semua makanan kita
  • Kuatkan rambut rapuh
(cara : rendam rambut dalam minyak ini, kemudian balut rambut dengan tuala selama 30 minit, kemudian basuh rambut)
  • Sebagai bahan utama kecantikan kulit
(cara : URUT pada tempat-tempat yang disukai [jangan sapu])
-          dapat mengelak kerutan dan memperbaiki tona muka 
(wrinkles and face tone)
-          kulit cantik dan halus
  • Pelembap dan penyegar muka
(cara: ½ cawan minyak zaitun+ ¼ cawan cuka+ ¼ cawan air; guna sebagai krim muka malam)
  • Kuatkan kuku (cara: rendam kuku jari dalam minyak zaitun)
  • Mengelap keluar make-up (sesuai untuk semua jenis make-up)
Dan banyak lagi.
Di pasaraya akan ada pelbagai jenis minyak ini. Yang mana perlu dipilih? Dalam mana-mana jenama pun, ada 4 kategori minyak zaiton.
Extra virgin olive oil – kategori terbaik, paling kurang diproses, minyaknya adalah hasil perahan pertama (tanpa haba) buah zaitun itu.

Virgin olive oil
– minyak adalah dari perahan kedua buah zaitun dan dicampur sedikit minyak dari perahan pertama.

Pure olive oil / Olive oil
– minyaknya telah melalui beberapa pemprosesan seperti menapis dan memperelokkannya.

Extra Light olive oil
– minyaknya adalah hasil banyak pemprosesan dan mengandungi hanya sedikit sahaja kuantiti minyak zaitun di dalamnya kerana dicampur dengan pelbagai minyak lain.
Anda perlu memilih yang dilabel Extra Virgin kerana itulah kualiti terbaik jika kita ingin mendapatkan segala manfaat dari minyak ini terutama menjaga kesihatan badan. Selamat membeli!

Hasil nukilan : Yasmin Mohamed Yusof. Merupakan pelajar perubatan tahun 3 di Universiti Malaya

Sumber: http://psipum.org  

Admin: 
 
Minyak zaitun juga boleh di buat scrup muka. Caranya dengan mencampurkan Minyak zaitun, madu lebah dan susu kambing :) Cukup sekadar seminggu 2 atau 3 kali.. InshaAllah anda akan lihat kesannya..
Saya Suka!

Saturday, 7 January 2012

Rawat segera Buah Pinggang Anda

Ahli perniagaan Malek (bukan nama penuh) enggan mendapatkan rawatan perubatan apabila doktor, setelah membuat analisis terhadap ujian sampel darah beliau, memberitahunya bahawa beliau mengalami kegagalan buah pinggang kerana hipertensi (tekanan darah tinggi).
Malek tidak mempercayai apa yang diberitahu doktor kerana tiada tanda dan gejala yang menyatakan beliau sakit. Beliau sebaliknya lebih suka mengambil herba dengan harapan kesihatannya terjamin. Menurut pakar-pakar nefrologi (pakar penyakit buah pinggang yang juga dikenali sebagai ginjal), kegagalan ginjal pada mulanya mungkin asimptomatik (tiada tanda dan gejala).
Tetapi bila fungsi buah pinggang menurun, simptom mula kelihatan kerana ginjal tidak berupaya  mengawal imbangan air dan elektrolit selain daripada membersih bahan buangan serta gagal menggalakkan pengeluaran sel darah merah. Enam bulan kemudian, Malek mengalami tanda-tanda kegagalan buah pinggang. Badannya mula 'membengkak'. Begitu juga kedua-dua belah kakinya.
Malek juga kerap demam kerana beliau mudah mendapat jangkitan kuman. Beliau juga kerap merasa penat, lemah badan serta sesak nafas. Menurut pakar nefrogi, dalam situasi kegagalan buah pinggang: "Badan rasa keletihan, lemah dan juga sesak nafas selain bengkak yang menyeluruh. Kalau tidak dirawat, boleh membahayakan nyawa".
BENGKAK BADAN MENYELURUH
Pakar buah pinggang di sebuah pusat perubatan awam di sini menjelaskan bahawa bengkak seluruh badan berpunca daripada anemia, iaitu penurunan kandungan sel darah merah di dalam badan kerana terjadinya kandungan 'erythropoietin' yang rendah dikeluarkan ginjal yang semakin lemah dan gagal.
Ini menyebabkan kegagalan memberi stimulasi kepada sumsum tulang untuk mengeluarkan sel darah merah. "Penurunan jumlah sel darah merah menyebabkan keupayaan membawa oksigen dalam darah berkurangan dengan signifikan, hasilnya ialah penurunan kandungan oksigen yang dibawa kepada sel-sel dalam badan dan ini menyebabkan sel kurang berfungsi dan akhirnya badan menjadi semakin lemah"
"Dan, dengan bekalan oksigen yang semakin menurun, sel-sel akan lebih menggunakan metabolisme secara anerobik (tanpa oksigen) yang menyebabkan pengeluaran asid bertambah di dalam badan dan tidak boleh diimbangi oleh buah pinggang yang gagal", kata pakar itu.
Katanya kandungan bahan buangan yang semakin meningkat dalam darah boleh menyebabkan kurang selera serta keletihan menjadi begitu ketara. "Lama-kelamaan ini akan menyebabkan penurunan fungsi otak dan pesakit boleh koma". Bila ginjal gagal untuk memproses kenaikan kandungan asid di dalam badan, kadar pernafasan menjadi semakin cepat kerana paru-paru cuba mengimbangi kandungan asid yang tinggi dengan mengeluarkan karbon dioksida.
"Nafas mereka yang mengalami kegagalan buah pinggang boleh juga berbau kerana kandungan asid yang tinggi di dalam badan. "Juga tekanan darah boleh meningkat kerana terdapat lebihan cecair dan cecair ini boleh memasuki paru-paru, menyebabkan penyakit jantung kongestif", tambah beliau.
Sebagai seorang yang berpegang teguh kepada mempercayai ubat-ubatan tradisional, Malek yang berumur 50 tahun yakin ubat tradisional seperti herba dapat menyembuhkan beliau daripada penyakit kegagalan buah pinggang kronik. Bagaimanapun keadaannya semakin serius dan mengalami satu situasi yang dipanggil 'lebih kandungan air' yang disebabkan kegagalan ginjal. Badannya serta kaki juga semakin bengkak.
Tetapi malangnya Malek masih enggan mendapatkan rawatan iaitu sama ada hemodialisis atau dialisis peritoneal. Beliau akhirnya meninggal dunia disebabkan lemah jantung.
UJIAN DARAH
Pakar nefrologi itu menambah lagi diagnosa kegagalan ginjal boleh dipastikan dengan ujian darah di mana terdapat peningkatan bahan buangan di dalam darah. Ujian air kencing juga boleh dijalankan untuk mengetahui kandungan protein
serta sel-sel yang luar biasa selain daripada konsentrasi elektrolit.

"Adanya protein dalam air kencing bukanlah perkara yang normal dan menunjukkan ginjal sedang mengalami kerosakan. Dalam penyakit buah pinggang, juga kehadiran sel-sel darah merah dan darah putih dalam air kencing meggambarkan sesuatu yang bukan normal".Katanya dengan membandingkan konsentrasi elektrolit dalam darah dan air kencing membantu bagi mengenal pasti sama ada ginjal boleh mengimbangi cecair badan dan menuras (menapis) darah.
UJIAN LAIN
Antara ujian lain yang boleh memberi diagnosa tentang gagal buah pinggang ialah ultrasound abdomen yang boleh memberi gambaran tentang saiz buah pinggang serta mana-mana saluran yang 'tersumbat'. Biopsi buah pinggang juga boleh dijalankan. Pencegahan adalah sentiasa merupakan objektif tentang penyakit kronik ini.
Penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi dan diabetis cukup membahayakan disebabkan kerosakan yang penyakit-penyakit ini boleh lakukan terhadap ginjal serta organ yang lain. Oleh itu perhatian sepanjang hayat mestilah diberikan untuk mengawal tekanan darah serta kandungan gula darah. Rawatan yang tertentu juga diperlukan bagi penyakit-penyakit ini.
Menurut pakar nefrologi itu lagi, bila terjadinya kegagalan buah pinggang, tujuan rawatan ialaha mencegah kerosakan lebih lanjut berlaku terhadap fungsi renal (buah pinggang). Kalau dibiarkan, buah pinggang akan menuju ke arah kerosakan seratus peratus (seperti yang dialami oleh Malek).
Tetapi jika penyakit yang menyebabkan ginjal rosak dapat dirawat secara agresif, kemungkinan fungsi ginjal dapat dikekalkan walaupun tidak sepenuhnya. "Harus diingat bahawa sel-sel serta tisu ginjal tidak punya daya regeneratif (tumbuh semula) dan jika ada kerosakan berlaku ianya bersifat kekal". Tema Hari Buah Pinggang SeDunia 2011 ialah "Lindungi Buah Pinggang Anda,

Selamatkan Jantung"

- Rencana ini sempena Hari Buah Pinggang Sedunia pada 10 Mac
- Kuala Lumpur, 8 Mac 2011

Pandangan & Cadangan:
InshaAllah boleh dirawat dengan herba bersifat deuretik (memperbanyakkan pembuangan air) dan Berbekam :)
Saya Suka!

Statistik Pesakit Buah Pinggang

KUALA LUMPUR 13 Mac – Seramai 15,000 pesakit buah pinggang menjalani rawatan dialisis di seluruh negara tahun lepas dan jumlah itu dijangka meningkat kepada 20,000 pada tahun 2010, kata Ketua Jabatan Nefrologi Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Ghazali Ahmad.

“Sehingga kini, sebanyak 57 peratus kes penyakit buah pinggang kronik (CKD) disebabkan kencing manis dan jika masalah ini tidak dirawat segera, pesakit mungkin memerlukan dialisis untuk meneruskan hidup,” katanya pada sidang akhbar selepas Pengarah HKL, Datuk Dr. Zaininah Mohd. Zain merasmikan Hari Ginjal Sedunia di sini hari ini.

Dr. Ghazali berkata, kebanyakan kes kegagalan ginjal berpunca daripada penyakit diabetes.

Beliau menasihati orang ramai supaya mengamalkan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat bagi mengelak terkena penyakit diabetes, gout atau tekanan darah tinggi yang berkait rapat dengan penyakit buah pinggang .

Sementara itu, Dr. Zaininah dalam ucapan perasmiannya berkata, langkah-langkah perlu diambil bukan saja merawat pesakit ginjal tetapi juga melambatkan proses kerosakan buah pinggang untuk menangguhkan rawatan dialisis dan mengelakkan penyakit buah pinggang serta mencegah penyakit yang meningkatkan risiko penyakit buah pinggang .

Hari Ginjal Sedunia anjuran Jabatan Nefrologi HKL dengan kerjasama Jabatan Dietetik Dan Sajian HKL ini diadakan setiap tahun bertujuan meningkatkan kefahaman awam serta kakitangan perkhidmatan kesihatan dalam aspek-aspek pencegahan, pengesanan dan rawatan penyakit buah pinggang.

- Bernama
Saya Suka!